> Mesti ada matlamat dan sasaran
> Mesti percaya dan ada keyakinan diri
> Memberi tumpuan di dalam kelas
> Mesti ada strategi belajar
> Sentiasa berfikiran positif
> Berkawan dengan rakan yang baik
> Mengurus masa dengan baik
> Istiqomah dan berdoa
Allah kurniakan kepandaian yang sama kepada kita semua kan ?
Persoalannya..
✿ Mengapa ada yang BERJAYA dan ada yang GAGAL ?
✿ Mengapa ada yang hidup SENANG dan ada yang hidup SUSAH ?
✿TEPUK DADA TANYA IMAN !✿
Saturday, 6 October 2012
Rahsia untuk Cemerlang
Posted by IMAN SOLEHAH at 20:01 0 comments
Labels: Oktober
Tips Mengatasi Stres
Amalkan 10B
- Bertenang
- Berurut
- Bernafas dengan dalam
- Berehat dan mendengar muzik
- Berkata 'relakslah'
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Beriadah
- Berfikiran positif
- Bersenam
Posted by IMAN SOLEHAH at 19:49 0 comments
Labels: Oktober
Thursday, 4 October 2012
Pagari Bunga Keimanan dengan Rasa Malu
Sekali perasaan malu itu hilang,maka pintu syurga barangkali akan tertutup..
Kerana syurga itu hanya dihuni oleh PEMILIK IMAN..sedangkan iman persis bunga yang terancam.Pagarnya adalah sifat malu.
> Tanpa MALU iman akan PUPUS <
Rasullullah s.a.w bersabda :
"Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu"
Malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu ialah:
-> Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan.
-> Engkau memelihara perut dan apa yang diisikan kedalamnya.
-> Engkau mengingati mati dan segala kehancurannya.
-> Dia tinggalkan perhiasan dunia/kehidupan dan dia mengutamakan akhirat dari dunia.
Posted by IMAN SOLEHAH at 05:04 0 comments
Labels: Oktober
Mutiata Yang Perlu Dijaga
> IKHLAS <
Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran manakala dari segi istilah syarak pula ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatupun.
Satu perkataan yang sangat mudah diucapkan oleh setiap orang termasuklah orang munafik dan bukan Islam sekalipun.Walau bagaimanapun perkataan inilah yang PALING BERAT dan SUKAR untuk direalisasikan.
Terkadang KEIKHLASAN itu mampu dijaga di awal perbuatannya..namun akhirya dia tewas ke lembah riak dan ujub.
Kelebihan orang yang ikhlas :-
- Allah akan menolonh hambaNYA yang ikhlas.
- Allah akan menjaga hambaNYA dengan penglihatanNYA yang tidak pernah tidur.
- Allah akan mengabulkan doa-doa orang yang ikhlas.
Posted by IMAN SOLEHAH at 04:57 0 comments
Tuesday, 2 October 2012
Ciri-ciri Seorang Remaja Muslimah
Ciri-ciri seorang pelajar muslimah adalah seperti berikut :
- Bertaqwa iaitu takut kepada Allah
- Berwawasan dan mempunyai tujuan hidup yang jelas
- Seorang yang mahir berkomunikasi
- Mampu menguasai kecanggihan teknologi terkini seperti pandai menggunakan teknologi dengan baik dan betul
- Sentiasa berfikiran luas dan bebas iaitu dapat membezakan mana yang BAIK dan mana yang BURUK
- Kematangan berfikir
Posted by IMAN SOLEHAH at 06:20 0 comments
Sunday, 30 September 2012
Tips Jauhi Zina Hati
♥Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu
berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah.
Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada
penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
♥Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu.
Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik
dan jatuh.
♥Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang
yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan
orang dicintai dan diidamkan.
Posted by IMAN SOLEHAH at 23:24 0 comments
Cantiknya Seorang Wanita
Adakah lelaki hanya jatuh hati kepada wanita yang cantik, iaitu rupa paras sahaja?
Sebenarnya;
Wanita yang cantik,
Bukanlah si pemilik wajah indah,
Bukanlah si pemilik pipi merah,
Bukanlah si pemilik hidung mancung,
Bukanlah kerana indahnya persalinan,
Bukanlah kerana mahalnya hijab,
Tetapi…
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Selain kerana ketepatan amalan, segala ibadah akan sia-sia tanpa nama dan pengkuan dari Allah dan Rasulnya.
Posted by IMAN SOLEHAH at 23:19 0 comments