Sunday, 30 September 2012

Tips Jauhi Zina Hati




Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Cantiknya Seorang Wanita


Adakah lelaki hanya jatuh hati kepada wanita yang cantik, iaitu rupa paras sahaja?

Sebenarnya;

Wanita yang cantik,
Bukanlah si pemilik wajah indah,
Bukanlah si pemilik pipi merah,
Bukanlah si pemilik hidung mancung,
Bukanlah kerana indahnya persalinan,
Bukanlah kerana mahalnya hijab,

Tetapi…

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Selain kerana ketepatan amalan, segala ibadah akan sia-sia tanpa nama dan pengkuan dari Allah dan Rasulnya.

Aku Manusia Lemah...



Aku manusia lemah
Aku jijik dengan perangaiku yang mudah lupa akan keEsaanNya
Aku benci dengan diriku yang sering lupa akan Rasulku
Aku muak dengan akal fikiranku yang sering berkhayal
Aku manusia lemah

Ya Allah, kembalikanlah daku ke jalan yang benar
Ku mohon Kau tunjukkan kepadaku jalan yang Kau redhai
Berikanlah aku Nur HidayahMu, Ya Allah
Tetapkanlah keimanan yang teguh dalam diriku

Ku pohon keampunanMu
Ku pohon keredhaanMu
Ku pohon keberkatanMu
Ku pohon ma’rifahMu

Aku manusia lemah
Lemah selemah-lemahnya
Astaghfirullahalazim

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
 
b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
 
c) Hasad dengki
Amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
 
d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
 
e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
 
g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
 
h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
 
i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
 

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Friday, 21 September 2012

Mengapa wanita sering menangis ?

YA ALLAH, mengapa wanita sering menangis..?

Jawabnya : Kerana wanita itu unik..Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.. ♥

AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.. ♥
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.. ♥
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.. ♥
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.. ♥
AKU berikan dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun.. ♥
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. ♥

Wanita mahluk kuat..tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.. ♥

10 Cara Meraih Cinta Ilahi

Assalamualaikum..kali nie ana nak kongsi 10 cara kita nak meraih cinta Allah..
 

  • Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.
  • Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.
  • Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.
  • Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan.
  • Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.
  • Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.
  • Sentiasa tawadduk (rendah diri) kepada Allah.
  • Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNya.
  • Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
  • Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah S.W.T.
 Jom sama-sama beramal ! InsyaAllah ^^

Assalamualaikum..

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...

!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda.....

»» Renung²kan «« (◕‿◕) »» Barakallahufikum ««
:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::
»» ✿ BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI ✿ ««˙♥

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Monday, 17 September 2012

Aku sedang Diperhatikan Allah

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Cedera Sekeping Hati




Pernahkah kita terfikir bagaimana agaknya sekeping hati yang tersimpan elok di dalam tubuh kita boleh tercedera sedangkan badan kita sihat sejahtera?? Seringkali kita mendengar keluhan seperti ini…

“Aku sakit hatilah dengan dia tu!”

“Aku menangis dalam hati, tak ada siapa yang tahu..”

“Hati aku terseksa sebab rindukan dia.”

Bagaimana hati boleh cedera? Bagaimana hati boleh sakit? Bagaimana hati boleh menangis? Apakah kita dapat mendengar tangisan hati kita sendiri? Benarkah hati kita terseksa? Bagaimana seksaannya itu? Apakah kita merasai sakitnya hati kita apabila ada orang menyakiti kita?

Walaupun zahirnya, hati itu tersimpan rapi di dalam tubuh kita tanpa ada sebarang marabahaya yang boleh menyakiti dan melukainya,namun, secara batin, hati kita sebenarnya selalu cedera dan akan parah jika tidak segera diubati.

BAGAIMANA HATI BOLEH CEDERA?

Hati kita boleh cedera dengan beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya:

Faktor Dalaman :
- Hasutan syaitan yang menyuruh agar melakukan kemungkaran.
- Nafsu amarah yang sentisa mengajak kepada kemaksiatan.
- Lemah iman di dada.
- Berdendam dan su’uzon(buruk sangka) dengan manusia.

Faktor Luaran :
- Pengaruh negatif gejala sosial (pergaulan bebas dll)
- Pengaruh TV (menonton cerita-cerita maksiat dan tak bermanfaat)
- Malas pergi ke majlis-majlis ilmu.
- Malas membaca buku-buku ilmiah.
- Keadaan sekeliling yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda.

Saturday, 8 September 2012

Kembali Ke Jalan Benar

 

Kembali Ke Jalan Benar

kadang-kadang
ujian Nya itu pasti berat
senang sahaja diperhati
jua senang dikenal pasti
namun terkadang
ia datang secara sembunyi
menyelinap membuai hati
agar terus terlena dan sunyi
hari ini Engkau datangkan lagi
ujian berupa kesabaran
juga berupa nafsu
baik untuk dunia dan sebagainya
Engkau datangkan dari pelbagai arah
tak lain dan tak bukan
hanyalah untuk menguji
seketul darah
yang engkau namakan Qalbu
Ya Allah...
hari ini aku tersedar
dari lamunan itu
aku terbagun dari tidur dan mimpi lalu
aku tahu
aku mesti berubah lagi
demi mencari redha Mu selalu
aku mesti keluar dari lorong ini
supaya aku tidak lagi terasa jauh
jauh dari Mu Ya Tuhanku
Tuhan yang memakbulkan doa
juga Tuhan yang mebolak-balikkan hati kami
Ya Allah
bimbinglah aku
dalam usaha memimpin hati ini
supaya aku tidak lagi leka
supaya aku terus bagun dan terjaga
supaya aku terus berusaha
dengan Iman yang kecil dan lemah ini
agar aku bisa mencapai Redha Mu
Ya Allah, Ya Tuhanku
Ya Rabbul Izzati
Bimbinglah daku...