Saturday, 6 October 2012

Rahsia untuk Cemerlang

> Mesti ada matlamat dan sasaran
> Mesti percaya dan ada keyakinan diri
> Memberi tumpuan di dalam kelas
> Mesti ada strategi belajar
> Sentiasa berfikiran positif
> Berkawan dengan rakan yang baik
> Mengurus masa dengan baik
> Istiqomah dan berdoa

Allah kurniakan kepandaian yang sama kepada kita semua kan ?
Persoalannya..
Mengapa ada yang BERJAYA dan ada yang GAGAL ?
Mengapa ada yang hidup SENANG dan ada yang hidup SUSAH ?

TEPUK DADA TANYA IMAN !

Tips Mengatasi Stres

 Amalkan 10B

  • Bertenang
  • Berurut
  • Bernafas dengan dalam
  • Berehat dan mendengar muzik
  • Berkata 'relakslah'
  • Beribadat
  • Bercakap dengan seseorang
  • Beriadah
  • Berfikiran positif
  • Bersenam

Thursday, 4 October 2012

Pagari Bunga Keimanan dengan Rasa Malu

Sekali perasaan malu itu hilang,maka pintu syurga barangkali akan tertutup..
Kerana syurga itu hanya dihuni oleh PEMILIK IMAN..sedangkan iman persis bunga yang terancam.Pagarnya adalah sifat malu.

> Tanpa MALU iman akan PUPUS <

Rasullullah s.a.w bersabda :
"Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu"

Malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu ialah:

-> Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan.
-> Engkau memelihara perut dan apa yang diisikan kedalamnya.
-> Engkau mengingati mati dan segala kehancurannya.
-> Dia tinggalkan perhiasan dunia/kehidupan dan dia mengutamakan akhirat dari dunia.



Mutiata Yang Perlu Dijaga

> IKHLAS <
Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran manakala dari segi istilah syarak pula ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatupun.

Satu perkataan yang sangat mudah diucapkan oleh setiap orang termasuklah orang munafik dan bukan Islam sekalipun.Walau bagaimanapun perkataan inilah yang PALING BERAT dan SUKAR untuk direalisasikan.
Terkadang KEIKHLASAN itu mampu dijaga di awal perbuatannya..namun akhirya dia tewas ke lembah riak dan ujub.

Kelebihan orang yang ikhlas :-

  • Allah akan menolonh hambaNYA yang ikhlas.
  • Allah akan menjaga hambaNYA dengan penglihatanNYA yang tidak pernah tidur.
  • Allah akan mengabulkan doa-doa orang yang ikhlas.
Tanpa keikhlasan..ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu hanya ibarat DEBU-DEBU yang berterbangan yang tidak memiliki erti sedikitpun di sisi Allah s.w.t...Nauzubillahi..


Tuesday, 2 October 2012

Ciri-ciri Seorang Remaja Muslimah



 Ciri-ciri seorang pelajar muslimah adalah seperti berikut :

  • Bertaqwa iaitu takut kepada Allah
  • Berwawasan dan mempunyai tujuan hidup yang jelas
  • Seorang yang mahir berkomunikasi
  • Mampu menguasai kecanggihan teknologi terkini seperti pandai menggunakan teknologi dengan baik dan betul
  • Sentiasa berfikiran luas dan bebas iaitu dapat membezakan mana yang BAIK dan mana yang BURUK
  • Kematangan berfikir